Berlepas:
Calendar
Kembali:
Calendar
 
Dewasa Kanak-kanak Bayi
 
2 - 11
tahun
8 hari - 23
bulan
 
 
 
 
 
Ikuti kami :
    Tiger Airways Facebook    Tiger Airways Twitter    Tiger Airways YouTube    Tiger Tales

Home » Flight Info » Flight Combo ™

Flight Combo™ - One Step Online Booking

Tawaran Sebenar Dalam Menempah Seluruh Perjalanan Anda Sekaligus

Mengapa berhenti pada hanya satu destinasi percutian? Mengembara dan lihat lebih banyak tempat dengan sistem tempahan online terbaru Tiger Airways'- Flight Combo™!

Dengan Flight Combo™, anda kini mempunyai pilihan untuk membeli lebih dari satu penerbangan dalam tempahan tunggal. Semak tiket bagi kedua-dua perjalanan dalam satu semakan, kemudian hanya buat satu bayaran. Tapi pastikan untuk peruntukkan masa yang cukup bagi menyelesaikan urusan imigresen dan daftar masuk di terminal yang dinyatakan untuk ke penerbangan seterusnya.

Klik di sini untuk lihat perjalanan kami.

Go To Top Kembali ke atas

Maklumat Lanjut Mengenai Flight Combo™

Tiada kemudahan pindahan di terminal yang dinyatakan, jadi semua penumpang yang memilih untuk menempah penerbangan kombinasi perlu pastikan mereka mempunyai dokumen perjalanan yang relevan untuk memasuki negara yang dinyatakan.

Penumpang harus peruntukkan masa yang mencukupi untuk menyelesaikan urusan imigresen dan daftar masuk di terminal yang dinyatakan untuk ke penerbangan seterusnya. Tiger Airways menyarankan agar memperuntukkan sekurang-kurangnya 3 jam bagi menyelesaikan proses imigresen dan daftar masuk. Sila rujuk kepada Syarat Pengangkutan kami untuk terma dan syarat penuh.

Go To Top Kembali ke atas

Perkhidmatan Ulang-Alik Percuma ke Bandar
(Disediakan untuk Flight Combo™ melalui Singapura sahaja)

Penumpang Flight Combo™ yang mempunyai sekurang-kurangnya enam jam untuk digunakan semasa transit boleh menggunakan perkhidmatan ulang-alik Percuma ke bandar yang mana bas dijadualkan pada selang masa yang kerap. Terokai warisan etnik Singapura di Little India atau pilih untuk terapi membeli-belah di Suntec City atau Bugis Street. Hanya daftarkan diri anda di Pusat Pelawat Singapura di Balai Ketibaan 2 Lapangan Terbang Changi. Perkhidmatan tertakluk kepada ketersediaan tempat berdasarkan.layanan yang dahulu didahulukan. Penumpang perlu memperuntukkan 90 minit untuk pulang ke lapangan terbang bagi mengambil sebarang bagasi di lokar bagasi yang ditinggalkan dan menaiki bas ulang-alik percuma dari Terminal 2 untuk ke Terminal Bajet.

Go To Top Kembali ke atas

Baucar Snek Percuma
(Disediakan untuk Flight Combo™ melalui Singapura sahaja)

Penumpang Tiger Airways yang menggunakan perkhidmatan ulang-alik percuma ke bandar akan menerima baucar snek yang mana melayakkan mereka untuk satu minuman percuma dan satu pai ayam atau karipap di Kafe Polar terletak di Balai Berlepas di Terminal Bajet (terma dan syarat dikenakan).

Go To Top Kembali ke atas

Tawaran
e-mel
 
Advertisement