Berlepas:
Calendar
Kembali:
Calendar
 
Dewasa Kanak-kanak Bayi
 
2 - 11
tahun
8 hari - 23
bulan
 
 
 
 
 
Ikuti kami :
    Tiger Airways Facebook    Tiger Airways Twitter    Tiger Airways YouTube    Tiger Tales
Home » Privacy Policy

Privacy Policy

Pernyataan Dasar Privasi menggariskan dasar dan tanggungjawab Tiger Airways berhubung kutipan, pemprosesan dan pendedahan data pelanggan anda. BAHAGIAN A merujuk pada dasar am dan BAHAGIAN B menangani isu Data Pelanggan yang khusus terhadap penggunaan 'laman web' kami.

BAHAGIAN A - Pernyataan Dasar Privasi Data Pelanggan Am

BAHAGIAN B - Pernyataan Dasar Privasi bagi Data Pelanggan yang Dikumpulkan Melalui Laman Web Kami

BAHAGIAN A - Pernyataan Dasar Privasi Data Pelanggan Am

1. Jensi Data Pelanggan

Jenis data pelanggan yang dikumpulkan oleh Tiger Airways bergantung pada keadaan pengumpulan dan pada sifat perkhidmatan yang diminta atau urus niaga yang dikendalikan.

Terdapat dua kategori data pelanggan yang luas yang kami kumpulkan di Tiger Airways:

  • Data pelanggan individu iaitu maklumat peribadi yang dihubungkaitkan kembali ke seseorang individu, cth. nama, alamat, nombor telefon, alamat e-mel dan maklumat kad kredit.

  • Data Tingkah Laku cth. bilangan penumpang yang diterbangkan, hentaman laman web. Ini disimpan semata-mata untuk tujuan analisis dan keseluruhannya tanpa nama. Maklumat ini akan disimpan dalam rekod pelanggan anda, dan akan hanya diagregat untuk analisis statsitik supaya kita boleh memahami profil pelanggan kita dengan lebih baik, dan memperbaiki tawaran perkhidmatan kita.

Go To Top Kembali ke atas

2. Tujuan Pengumpulan, Pemprosesan dan Pendedahan

Menjadi dasar kami untuk tidak meminta data pelanggan yang kami tidak perlukan atau tidak akan gunakan daripada anda. Antara tujuan biasa kami mengumpul data adalah:
  • Menyediakan khidmat seperti pemprosesan urus niaga cth. membuat tempahan.

  • Memasarkan dan berkomunikasi dengan anda mengenai produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Tiger Airways, syarikat penerbangan kami serta rakan kongsi perkhidmatannya, serta ejen kami yang dilantik.

  • Keselamatan, sekuriti dan pematuhan undang-undang.

  • Pemprosesan dan pendedahan.

Kami mungkin mendedahkan data pelanggan anda kepada pihak ketiga, seperti, pembekal khidmat pelancongan dan pengangkutan atau perniagaan berkaitan perjalanan, rakan kongsi syarikat penerbangan (jika ada), pengurusan lapangan terbang, kakitangan sekuriti dan pengendali lain untuk tujuan memproses program perjalanan anda. Kami mungkin mendedahkan Data Pelanggan anda kepada agensi penguatkuasaan undang-undang dan kerajaan untuk tujuan sekuriti, kastam dan tujuan imigresen. Di samping itu, Tiger Airways mungkin mendedahkan Data Pelanggan kepada peguam atau penasihat undang-undang kami untuk memastikan, melaksanakan atau membela hak undang-undang kami. Kami juga akan berhak untuk berkongsi Data Pelanggan anda sekiranya berlaku kecemasan yang mengancam nyawa, kesihatan atau sekuriti seseorang individu.

Go To Top Kembali ke atas

3. Pemindahan Maklumat Luar Negara

Ibu Pejabat kami berpangkalan di Singapura. Data pelanggan boleh dipancarkan ke kemudahan penyimpanan data di mana kami menyimpan rekod pusat kami. Maklumat peribadi anda dipindahkan untuk kami melaksanakan kontrak dengan anda. Data Pelanggan ini boleh juga dipindahkan ke pejabat kami di negara-negara lain berhubung perlaksanaan kontrak kami dengan anda. Ia juga mungkin dipindahkan ke rakan kongsi pihak ketiga termasuk pengendali hotel dan pelancongan jika diperlukan berhubung pengaturan pihak ketiga anda.

Go To Top Kembali ke atas

4. Persetujuan

Di mana mungkin, kami menerapkan dasar 'memilih untuk menyertai' untuk mendapatkan persetujuan pelanggan. Persetujuan nyata secara bertulis boleh didapatkan daripada anda di mana mungkin apabila mengumpulkan data pelanggan anda cth. menandatangani borang atau menandakan kotak. Kami juga mengakui bahawa semasa melaksanakan fungsi perkhidmatan seperti membuat tempahan, bahawa maklumat ini disebabkan oleh sifat tugas yang dilaksanakan akan perlu dipetik dan disimpan. Dalam keadaan seperti ini, persetujuan adalah tersirat cth. anda memaklumkan kami bahawa anda mempunyai alahan atau masalah kesihatan tertentu.

Di samping itu, anda boleh menarik balik persetujuan nyata anda pada bila-bila masa dengan menghubungi Tiger Airways (lihat Bahagian 10) atau meminda data pelanggan anda dengan melog masuk ke akaun laman web anda. (Nota: perkhidmatan ini hanya digunakan bagi pelanggan yang mendaftar melalui laman web kami).

Kami tidak akan mendapatkan persetujuan bagi 'data tingkah laku' kerana ini tidak berkaitan dengan rekod pelanggan. Untuk maklumat lanjut mengenai pengumpulan dan penggunaan data pelanggan yang diperoleh daripada laman web kami, sila rujuk Bahagian B.

Go To Top Kembali ke atas

5. Akses

Tiger Airways boleh, setelah anda meminta secara bertulis daripada kami membenarkan anda untuk melihat data pelanggan peribadi yang kami telah simpan mengenai anda. Kami berhak untuk mengenakan fi pentadbiran yang munasabah kerana memberi anda akses kepada Data Pelanggan anda. Setelah menerima permintaan anda, kami akan memperakuinya dan memberi anda anggaran bila kami akan dapat memberi respons kepada permintaan anda. Dalam keadaan tertentu, Tiger Airways berhak menafikan akses anda kepada Data Pelanggan peribadi anda dan akan memberi anda penjelasan mengenainya.

Go To Top Kembali ke atas

6. Penyimpanan

Kami akan menyimpan data pelanggan anda selama yang perlu untuk memenuhi tujuan ia dikumpulkan, atau seperti yang diperlukan oleh undang-undang yang berkenaan. Selepas waktu ini, data pelanggan ini akan dimusnahkan atau dinyahidentiti secara kekal.

Go To Top Kembali ke atas

7. Ketepatan

Kami memerlukan bantuan anda untuk memastikan data ini terkini. Anda boleh memaklumkan kami mengenai perubahan dalam data pelanggan anda dengan menghubungi kami dan melakukannya secara bertulis .

Jika anda pengguna web yang berdaftar, anda boleh melog masuk ke akaun laman web anda. Tiger Airways boleh juga meminta pengemaskinian data pelanggan daripada anda dari semasa ke semasa.

Go To Top Kembali ke atas

8. Pengawalan Sekuriti

Tiger Airways memandang berat sekuriti dan perlindungan data pelanggan anda dan menerapkan pengawalan sekuriti untuk menyimpan dan memancarkan data melalui sistem kami. Jika seseorang pelanggan tidak berhati-hati secara munasabah untuk memastikan kerahsiaan data pelanggannya, Tiger Airways tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang penyalahgunaan. Jika anda ada sebarang kebimbangan mengenai sekuriti, anda hendaklah menghubungi kami.

Go To Top Kembali ke atas

9. Pengemaskinian Pernyataan Dasar Privasi

Kami akan meminda pernyataan Dasar Privasi dari semasa ke semasa dan mengemas kini versi yang dipaparkan di laman web kami.

Tertakluk pada undang-undang yang berkuat kuasa, bahasa yang digunakan bagi Dasar Privasi ini adalah Bahasa Inggeris. Sekiranya berlaku ketidaktekalan dalam interpretasi di antara versi Bahasa Inggeris dengan sebarang terjemahan Dasar Privasi ini, pernyataan Dasar Privasi ini dalam Bahasa Inggeris akan berkuat kuasa.

Go To Top Kembali ke atas

10. Hubungi Kami

Jika anda ada sebarang komen atau soalan mengenai pernyataan Dasar Privasi ini, sila hubungi kami di Tiger Airways c/o Changi Airport Post Office, PO Box 82, Singapore 918143.

Go To Top Kembali ke atas

BAHAGIAN B - Pernyataan Dasar Privasi bagi Data Pelanggan yang Dikumpulkan Melalui Laman Web Kami

1. Pengawalan Sekuriti

Kami memandang serius perlindungan data pelanggan anda di laman web kami.

Kesemua data pelanggan yang dikumpulkan melalui laman web kami di www.tigerairways.com dilindungi oleh pelayan yang terjamin. Di samping itu, SSL (Lapisan Soket Selamat) memastikan pemancaran data secara selamat dari internet ke sistem kami.

Go To Top Kembali ke atas

2. Data Clickstream

Untuk meningkatkan pengalaman dalam talian, kami boleh menjejaki tingkah laku online atau data click stream data untuk memajukan penggunaan halaman web kami oleh anda dan menjejaki rujukan dari laman web lain. Data seperti ini akan disimpan dalam rekod pelanggan anda, dan akan hanya diagregatkan untuk analisis statistik.

Go To Top Kembali ke atas

3. Pautan ke Laman Web Lain

Kami boleh memberi anda pautan ke laman web lain untuk kemudahan dan maklumat anda. Sementara kami akan melindungi data pelanggan anda di laman web Tiger Airways, kami tidak boleh mengawal dasar laman web lain yang mempunyai pautan ke laman web kami, atau penggunaan sebarang data pelanggan yang anda mungkin berkongsi dengan mereka. Sila ambil perhatian bahawa pernyataan Dasar Privasi kami tidak meliputi laman web lain ini, dan kami menyarankan yang anda dimaklumkan mengenai dasar khusus mereka.

Go To Top Kembali ke atas

4. Kanak-kanak Di bawah Umur

Tiger Airways tidak dapat membezakan usia individu yang mengakses dan menggunakan laman webnya. Jika kanak-kanak di bawah umur (menurut undang-undang yang berkuat kuasa) telah memberi kami data pelanggan tanpa persetujuan ibu bapa atau penjaga, ibu bapa atau penjaga tersebut harus menghubungi kami untuk mengeluarkan data pelanggan yang berkaitan dan menyahlanggan mereka.

Go To Top Kembali ke atas

Tawaran
e-mel
 
Advertisement